Misi 2 · Daftar

Cara verify akaun Versa sampai lulus

Gambar MyKad dan selfie yang lulus kali pertama, soalan SAT, berapa lama tunggu, maksud skrin Get Back To Us, dan apa buat kalau diminta hantar semula.

5 minit isi · 2–4 hari bekerja tunggu Disemak 16 Sep 2026

Jawapan cepat

  • Guna MyKad fizikal asal, depan belakang, tak silau. MyKad digital, fotokopi dan MyTentera ditolak.
  • Verify biasanya ambil 2 hingga 4 hari bekerja, lebih lama bila ada cuti umum.
  • Skrin "Get Back To Us" bukan block. Tekan Contact Support dan hantar dokumen dalam 14 hari.

Apa perlu sedia

  • MyKad fizikal asal
  • Meja gelap dan cahaya terang (bukan matahari terus)
  • Maklumat pekerjaan dan sumber pendapatan
  • TIN negara tu kalau duduk luar negara

Kenapa kena verify

Versa diwajibkan undang-undang untuk sahkan siapa korang sebelum terima duit (proses eKYC / verifyProses sahkan identiti guna gambar MyKad dan selfie.Glosari · Baca lanjut →). Sama macam buka akaun bank, cuma semua dibuat dalam app. Lepas lulus, baru korang boleh cash in, cash out dan join quest.

Kalau korang belum daftar lagi, mula di cara daftar Versa dulu supaya kod rujukan masuk masa daftar.

Ikut skrin satu-satu

Skrin 1 daripada 11

01/11

Isi maklumat peribadi

Nama, nombor IC dan alamat kena sama tepat macam dalam MyKad. Beza satu huruf pun boleh buat verification lambat.

  1. Isi maklumat peribadi. Nama, nombor IC dan alamat kena sama tepat macam dalam MyKad. Beza satu huruf pun boleh buat verification lambat.
  2. Jawab soalan pekerjaan. Jawab jujur pasal pekerjaan dan sumber duit. Ini keperluan undang-undang anti pengubahan wang haram, bukan untuk tolak korang.
  3. Soalan cukai (kalau duduk luar negara). Kalau korang tinggal atau kerja di luar Malaysia, sediakan Tax Identification Number (TIN) negara tu.
  4. Snap MyKad depan. Guna MyKad fizikal asal. Letak atas meja gelap, tiada silau lampu, dan condongkan sikit supaya hologram nampak.
  5. Snap MyKad belakang. Sama macam depan: fokus, penuh dalam bingkai, tiada jari tutup nombor.
  6. Ambil selfie. Tempat terang tapi bukan bawah matahari terus. Pandang kamera, tanpa topeng, cermin mata hitam atau filter. Latar belakang kosong lagi senang.
  7. Suitability Assessment Test. Soalan profil risiko dari AHAM. Tiada jawapan betul atau salah. Jawab ikut keadaan sebenar korang.
  8. Tengok profil risiko. Ini gambaran berapa banyak naik turun korang boleh tahan. Simpan dalam kepala bila pilih fund Invest nanti.
  9. Permohonan dihantar. Sekarang tunggu. Verification biasanya ambil 2 hingga 4 hari bekerja, lebih lama kalau ada cuti umum.
  10. Kalau keluar "Get Back To Us". Ini bukan akaun kena block. Versa perlukan maklumat tambahan. Tekan Contact Support dan hantar dokumen yang diminta dalam 14 hari.
  11. Akaun lulus. Siap! Skrin utama tunjuk RM0 sampai cash in pertama masuk. Langkah seterusnya: cash in RM100 ke atas dalam satu transaksi.

Gambar MyKad yang lulus kali pertama

Sebab paling biasa verification lambat ialah gambar MyKad. Ikut semua ni:

  1. Guna MyKad fizikal asal. MyKad digital dalam telefon, fotokopi, gambar dari galeri dan MyTentera tak diterima.
  2. Letak MyKad atas permukaan gelap supaya tepi kad jelas.
  3. Elak silau lampu. Kalau ada kilauan putih atas nombor IC, alih sikit.
  4. Condongkan kad sikit supaya hologram nampak. Versa guna hologram untuk sahkan kad tu asli.
  5. Pastikan keempat-empat bucu kad dalam bingkai dan tulisan boleh dibaca.

Selfie yang lulus

Cari tempat yang terang tapi bukan bawah cahaya matahari terus. Pandang terus ke kamera. Buka topeng, cermin mata hitam dan topi. Jangan guna filter atau mod kecantikan kamera. Latar belakang kosong macam dinding putih paling senang.

Suitability Assessment Test (SAT)

Suitability Assessment TestSoalan profil risiko dari AHAM masa daftar.Glosari · Baca lanjut → ialah soalan dari AHAM pasal tujuan, tempoh dan berapa banyak turun naik korang boleh tahan. Tiada jawapan betul atau salah. Keputusan tu cadangkan fund yang sesuai, tapi korang masih boleh pilih fund lain. Cuma baca label risiko fund tu dulu.

Berapa lama tunggu

Verification biasanya ambil Masa verify akaun: 2 hingga 4 hari bekerjaDisemak 16 Sep 2026 · Sumber: Versa Help Centre #12594612748695 ↗, dan lebih lama sekitar cuti umum. Kempen Versa sendiri pernah pesan boleh sampai 5 hari bekerja atau lebih bila permohonan banyak.

Sepanjang tunggu, jangan hantar permohonan baru. Satu orang hanya boleh ada satu akaun, dan permohonan kedua cuma memperlahankan semakan.

Kalau keluar “Get Back To Us”

Skrin ni buat ramai orang panik. Ia bukan bermaksud akaun kena block atau ditolak. Versa perlukan maklumat atau dokumen tambahan untuk pematuhan anti pengubahan wang haram.

  1. Tekan Contact Support di skrin tu.
  2. Baca apa yang diminta. Biasanya dokumen sumber pendapatan atau pengesahan maklumat.
  3. Hantar dalam masa 14 hari.
  4. Tunggu balasan email dari Versa.

Kalau diminta hantar semula

Kadang-kadang Versa minta hantar semula gambar atau maklumat. Tempoh hantar semula dokumen: hantar dalam 2 hingga 3 hari; lepas 7 hari permohonan ditolakDisemak 16 Sep 2026 · Sumber: Versa Help Centre #12594775326231 ↗. Kalau permohonan ditolak dan korang dah cash in, deposit dipulangkan dalam Deposit dipulangkan kalau ditolak: 10 hingga 14 hari bekerjaDisemak 16 Sep 2026 · Sumber: Versa Help Centre #12594775326231 ↗.

Tersangkut lebih 5 hari bekerja?

Kalau dah lebih 5 hari bekerja tanpa apa-apa berita, baca akaun tersangkut untuk senarai skrin gagal dan apa buat. Untuk semakan status, hubungi Versa terus di 03-7890 3500 atau support@versa.com.my (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang). Daus tak boleh semak status akaun orang lain.

Soalan lazim untuk topik ni

Verify ambil berapa lama?

Biasanya 2 hingga 4 hari bekerja, lebih lama kalau ada cuti umum. Kempen Versa sendiri pesan "boleh sampai 5 hari bekerja atau lebih".

Sumber: Versa Help Centre #12594612748695 ↗

IC aku kena reject. Kenapa?

Gambar kena IC fizikal asal (bukan MyKad digital atau fotokopi), depan belakang, fokus, tiada silau, condongkan sikit supaya hologram nampak. MyTentera tak diterima.

Sumber: Versa Help Centre #12594350686871 ↗

Skrin "Get Back To Us" keluar. Akaun kena block ke?

Bukan block. Versa perlukan maklumat tambahan; tekan Contact Support dan hantar dokumen dalam 14 hari.

Sumber: Daus (16 Sep 2026)

Kena resubmit. Ada deadline?

Hantar semula dalam 2 hingga 3 hari. Kalau lebih 7 hari, permohonan ditolak dan deposit dipulangkan dalam 10 hingga 14 hari bekerja.

Sumber: Versa Help Centre #12594775326231 ↗

Suitability Assessment Test tu apa?

Soalan risiko dari AHAM untuk cadangkan fund yang sesuai. Korang masih boleh pilih fund lain, tapi baca risiko dulu.

Sumber: Versa Help Centre #12594690401175 ↗ · Versa Help Centre #12594164149015 ↗

Belum ada Versa? Daftar guna kod VDAUSDK

Daftar guna kod VDAUSDK, verify, first cash-in RM100 ke atas dalam satu transaksi. RM10 masuk dalam bentuk unit dalam 30 hari bekerja. Top-up kemudian tak dikira.

Daftar Versa dengan kod VDAUSDK
Kod rujukanVDAUSDK

Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →

Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan.