
Tentang laman ni
Siapa buat laman ni, dan kenapa
Daus
DausDK ialah pencipta kandungan kewangan peribadi Malaysia di YouTube, TikTok, Threads dan WhatsApp. Daus guna Versa sendiri sejak bertahun-tahun: Versa Cash-i untuk simpanan dan dana kecemasan, Versa Gold, dan beberapa fund lain. Setiap bulan Daus tunjuk akaun sebenar dalam video, termasuk bila untung turun.
Soalan pasal Versa yang sama berulang setiap hari dalam DM. Laman ni wujud supaya setiap soalan ada satu jawapan yang jelas, bertarikh, dengan sumber rasmi.
Pendedahan: hubungan dengan Versa
Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.
- Versa ialah rakan rujukan Daus. Daus bukan pekerja, ejen, penasihat atau wakil Versa. Versa sendiri nyatakan mereka tiada ejen.
- Laman ni bukan laman rasmi Versa dan tak disemak oleh Versa atau Suruhanjaya Sekuriti.
- Reward RM10 datang dari Versa ikut terma mereka, bukan dari Daus.
- Kalau Daus tak dapat komisen pun, kandungan tutorial tetap sama. Honest downside setiap produk kekal di halaman.
Daus dapat komisen rujukan. Tiada kos tambahan pada korang.
Cara setiap fakta disemak
Laman ni ada 70 fakta bertarikh (kadar, cut-off, T+, yuran, syarat). Setiap satu ada tarikh semakan dan sumber: artikel Help Centre Versa (dengan ID), halaman produk Versa, atau post dan screenshot Daus sendiri. Tekan mana-mana nilai bergaris dalam tutorial untuk tengok sumbernya.
- Setiap awal bulan: base nett return Cash dan Cash-i, senarai quest aktif, dan screenshot akaun Daus.
- Setiap suku tahun: yuran, jadual T+ dari Help Centre, senarai produk, dan terma rujukan.
- Fakta yang lebih lama dari tempoh semakan ditanda automatik dan disemak semula.
Fakta disemak terakhir: 17 Sep 2026. Log perubahan.
Penafian
Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan. Kandungan ni untuk pendidikan. Daus kongsi apa yang Daus buat dan apa peraturan Versa, bukan cadangan pelaburan untuk individu. Ikut diri korang.
Laman ini bukan laman rasmi Versa dan tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti. Daus bukan pekerja, ejen atau wakil Versa.
Privasi
Tiada akaun pengguna di laman ni. Kemajuan misi, jawapan diagnostik dan pilihan tema disimpan dalam pelayar korang sahaja. Analitik (bila diaktifkan) hanya kira penggunaan tanpa data peribadi; carian dibersihkan dari email dan nombor panjang sebelum direkod. Borang report tak minta data peribadi.
Hubungi
Masalah akaun Versa: hubungi Versa terus di 03-7890 3500 atau support@versa.com.my (Isnin–Jumaat, 9 pagi–5 petang. Tiada walk-in.).
Salah fakta atau kod tak jalan: guna butang report, atau komen di YouTube @DausDK.