Sokongan
Akaun Versa tersangkut? Mula di sini
Masalah biasa akaun Versa dan cara selesai - verify lama, Get Back To Us, IC ditolak, app tunjuk RM0, cash out lambat, OTP tak sampai, reward tak masuk.
Jawapan cepat
- Get Back To Us bukan block. Tekan Contact Support dan hantar dokumen dalam 14 hari.
- App tunjuk RM0 lepas cash in pertama itu normal: T ialah sehari lepas verify, tambah 2 hari bekerja.
- Tersangkut lebih 5 hari bekerja? Hubungi Versa di 03-7890 3500 atau support@versa.com.my.
Apa perlu sedia
- Nombor telefon dan email berdaftar
- Tarikh daftar, verify atau transaksi yang bermasalah
Cari masalah korang
Setiap bahagian di bawah ikut format sama: apa yang korang nampak, apa maksudnya, apa nak buat.
“Verify dah lama, tak lulus-lulus”
Maksud. Verification biasanya Masa verify akaun: 2 hingga 4 hari bekerja, lebih lama sekitar cuti umum atau bila permohonan banyak.
Buat. Jangan daftar akaun baru. Semak email (termasuk spam) untuk permintaan dari Versa. Kalau dah lebih 5 hari bekerja tanpa berita, email support@versa.com.my dengan nombor telefon berdaftar.
Skrin “Get Back To Us”
Maksud. Versa perlukan maklumat atau dokumen tambahan untuk pematuhan. Akaun tak diblock.
Buat. Tekan Contact Support di skrin tu, baca apa yang diminta, dan hantar Skrin Get Back To Us: hantar dokumen tambahan dalam 14 hari melalui Contact Support.
“IC aku kena reject” atau diminta hantar semula
Maksud. Biasanya gambar MyKad kabur, silau, terpotong, atau bukan kad asal.
Buat. Snap semula guna MyKad fizikal asal atas permukaan gelap, tanpa silau, condongkan supaya hologram nampak. MyKad digital, fotokopi dan MyTentera tak diterima. Tempoh hantar semula dokumen: hantar dalam 2 hingga 3 hari; lepas 7 hari permohonan ditolak. Panduan penuh dalam cara verify.
“Dah verify, dah deposit, tapi app tunjuk RM0”
Maksud. Untuk cash in pertama, hari T ialah Hari T untuk cash in pertama: sehari lepas akaun verify, lepas tu tambah 2 hari bekerja. Hujung minggu dan cuti umum tak dikira.
Buat. Semak sejarah transaksi. Kalau ada status Processing, tunggu. Kira tarikh sebenar:
Bila duit masuk?
Pilih transaksi, fund, tarikh dan masa. Kalkulator kira hari bekerja ikut jadual rasmi Versa.
Nampak dalam app: Isnin, 21 Sep 2026
- 1Rabu, 16 Sep 2026Korang hantar request · 14:00
- 2Khamis, 17 Sep 2026Versa proses (hari T)Rabu, 16 Sep 2026 cuti umum (Hari Malaysia).
- Isnin, 21 Sep 2026Nampak dalam app (T+2)
Anggaran ikut jadual rasmi Versa. Bank korang mungkin lebih lambat.
Cuti umum kebangsaan sahaja. Cuti negeri berbeza ikut negeri dan boleh tambah 1 hari bekerja.
“Cash in ditolak atau duit dipulangkan”
Maksud. Paling biasa: bayar dari akaun bank yang bukan atas nama korang (joint, pasangan, syarikat).
Buat. Cash in semula dari Akaun bank untuk cash in: akaun nama sendiri sahaja (bukan joint, syarikat atau orang lain).
“Cash out lambat”
Maksud. Semak dulu jadual: Cash-i hari sama (sebelum 10 pagi), Cash T+1, Invest T+3 hingga T+6. Kalau dah lepas tarikh, sebabnya biasanya butiran bank salah atau nama tak sama.
Buat. Semak butiran bank dalam app. Kalau salah, butiran bank tak boleh diubah sendiri; email support untuk padam dan tambah bank baru. Lihat cara cash out.
“Jumlah cash out tak sama dengan yang aku minta”
Maksud. Forward pricing untuk fund Invest: harga unit hari proses yang dipakai. Boleh lebih atau kurang sikit. Normal.
“OTP email tak sampai”
Buat. Semak ejaan email, tiada ruang di hujung, tunggu 5 minit, semak Spam, Promotions dan Updates. Masih tiada, email support@versa.com.my.
“Lupa letak kod rujukan masa daftar”
Maksud. Versa tak benarkan tambah atau tukar kod lepas akaun wujud.
Buat. Tak ada cara tambah. Akaun korang tetap boleh guna semua ciri. Korang boleh refer kawan dengan kod sendiri.
“Reward RM10 tak masuk”
Semak syarat. Daftar dengan kod masa daftar, akaun lulus, cash in pertama RM100 ke atas dalam satu transaksi, dan dah lepas 30 hari bekerja.
Buat. Kalau semua cukup, email support@versa.com.my dengan tarikh cash in pertama. Kalau masalahnya kod daus tak jalan, report di halaman reward.
“Auto Save masih potong walaupun dah keluar semua duit”
Maksud. Auto Save tak berhenti sendiri bila portfolio kosong.
Buat. Manage → Auto Save → pilih plan → Delete, sebelum tempoh kunci Tempoh tak boleh ubah plan: T−6 3 petang hingga T+1 11:59 malam.
“Quest tak bayar”
Semak. Dah tekan Join Now? Baki Save RM1,000 ke atas pada hari-hari tu? Reward dibayar bulan berikutnya sebagai Rebates di bahagian Bonus. Lihat Versa Quest.
Hubungi Versa terus
Daus bukan staf Versa dan tak boleh semak akaun sesiapa. Untuk apa-apa masalah akaun:
- Telefon: 03-7890 3500
- Email: support@versa.com.my
- Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Tiada walk-in.
- Chat dalam app melalui Help Center. Ikut cara hubungi support Versa skrin demi skrin.
Soalan lazim untuk topik ni
Skrin "Get Back To Us" keluar. Akaun kena block ke?
Bukan block. Versa perlukan maklumat tambahan; tekan Contact Support dan hantar dokumen dalam 14 hari.
Sumber: Daus (16 Sep 2026)
Kena resubmit. Ada deadline?
Hantar semula dalam 2 hingga 3 hari. Kalau lebih 7 hari, permohonan ditolak dan deposit dipulangkan dalam 10 hingga 14 hari bekerja.
Dah verify, dah deposit, tapi app tunjuk RM0.
Untuk deposit pertama, hari "T" ialah sehari lepas verify, lepas tu tambah 2 hari bekerja. Tunggu; duit tak hilang.
Cash out lambat, kenapa?
Selalunya butiran bank salah atau nama tak sama. Versa hanya hantar ke akaun nama sendiri.
Tukar akaun bank macam mana?
Bank yang dah masuk tak boleh diubah sendiri; tambah bank baru di halaman Cash Out atau minta support padam.
OTP email tak sampai.
Semak ejaan email, tunggu 5 minit, cek folder spam/promotions, lepas tu email support.
App tengah maintenance tapi aku nak transaksi segera.
Email support@versa.com.my.
Nak cakap dengan orang Versa?
03-7890 3500 atau support@versa.com.my, Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang. Tiada walk-in.

Dah ada akaun Versa?
Buka app dan buat langkah ni sekarang, sementara korang masih ingat.
Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan.