Disemak 16 Sep 2026

Versa berbanding tempat simpan duit lain

Fakta sahaja, bukan cadangan. Rate berubah; semak sumber.

Setiap platform ada kelebihan sendiri. Jadual ni letak fakta sebelah-menyebelah supaya korang boleh pilih sendiri. Sel bertanda "semak" belum dapat disahkan dari sumber rasmi pada tarikh semakan.

Perbandingan tempat simpan duit berisiko rendah
ProdukJenisPengawalPIDMSyariahKadar (setakat)MinKeluar duitKunciYuranRujukan
Versa Cash-iVersaUnit amanah pasaran wang Islamik (AHAM)SCTidakYa3.09% p.a.
Base nett return · Jun 2026
RM10Hari sama kalau request sebelum 10 pagi hari bekerjaTiadaDalam harga unit: pengurusan 0.30%, trustee 0.02%VDAUSDK
Versa CashVersaUnit amanah pasaran wang (AHAM)SCTidakTidak3.48% p.a.
Base nett return · Jun 2026
RM10T+1 hari bekerja (cut-off 3 petang)TiadaDalam harga unit: pengurusan 0.30%, trustee 0.05%VDAUSDK
GO+Touch 'n Go eWalletUnit amanah pasaran wang (Principal e-Cash Fund)SCTidakYasemak
Kadar harian berubah; semak dalam app. Sumber sekunder sebut sekitar 3.0% hingga 3.6% p.a. pada pertengahan 2026.
RM10Segera menurut help centre TnG (sumber lain sebut T+1)TiadaDalam fund: pengurusan sehingga 0.45%, trustee sehingga 0.03% (belum disahkan dari fact sheet)
Money+ShopeePayUnit amanah pasaran wang Islamik (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, diedar iFAST)SCTidakYasemak
Kadar semasa tak dipapar di halaman rasmi. Promo awal 2026 sampai 6% hingga 8% p.a. atas RM1,000 pertama dah tamat.
RM10Bila-bila masa; masa proses tak dinyatakanTiadaYuran pengurusan dan trustee dalam fund; peratus dalam Product Highlight Sheet
Savings AccountRyt BankAkaun simpanan bank digital (YTL Digital Bank Berhad)BNMYa
Sampai RM250,000 setiap pendeposit
Tidak2.05% p.a. (sampai 4.0% dengan bonus)
Kadar asas; bonus atas RM20,000 pertama dengan syarat transaksi · Sep 2026
Tiada minimum dinyatakanSegeraTiadaRujuk halaman yuran Ryt BankAda program
Amanah Saham Bumiputera (ASB)ASNBUnit amanah harga tetap RM1 (PNB), untuk BumiputeraSCTidakAda pilihan5.75 sen seunit
Dividen tahunan TK2025 · Dis 2025
RM10 (tambahan RM1)Online 1 hingga 3 hari bekerja, had RM5,000 sebulanTiadaTiada sales charge; kos dalam dividen
Fixed Deposit 12 bulan (contoh Maybank)BankDeposit tetap bankBNMYa
Sampai RM250,000 setiap pendeposit, setiap bank
Ada pilihansemak
Kadar papan 12 bulan disemak semula Julai 2026; agregator sebut sekitar 1.9% hingga 1.95% p.a. sebelum semakan tu. Kadar promo boleh lebih tinggi.
Sekitar RM1,000 hingga RM5,000 ikut saluranKeluar awal: faedah hilang, atau 50% dengan notis 31 hariTempoh 12 bulanTiada yuran penempatan

Leret jadual ke kanan untuk lajur lain. Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan.

Nota dan sumber setiap baris

GO+

Fund pasaran wang, bukan deposit. Baki eWallet biasa dan baki GO+ dilindungi dengan cara berbeza.

Belum disahkan: Kadar semasa, Masa pengeluaran (segera vs T+1), Yuran dari fact sheet Principal

Savings Account

Bonus 4.0% perlukan cop transaksi (kad atau JomPAY) dan hanya atas RM20,000 pertama.

Belum disahkan: Tarikh kuat kuasa kadar, Pengesahan status konvensional dari sumber utama

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Tak boleh dibanding terus: harga tetap RM1 dan dividen diisytihar setahun sekali, bukan kadar harian. Hanya untuk Bumiputera, had 300,000 unit.

Belum disahkan: Status Syariah rasmi dari senarai fund ASNB, Klausa pengecualian SC

Fixed Deposit 12 bulan (contoh Maybank)

Kadar tetap untuk tempoh penuh sahaja. Keluar awal kurangkan atau hapuskan faedah.

Belum disahkan: Kadar papan 12 bulan selepas 21 Jul 2026, Minimum ikut saluran

Cara baca jadual ni

  • PIDM lindungi deposit bank. Fund pasaran wang (Versa, GO+, Money+) bukan deposit, jadi dilindungi melalui trustee, bukan PIDM.
  • Kadar fund berubah setiap hari atau bulan. Kadar FD tetap tapi hanya kalau korang simpan sampai matang.
  • ASB tak boleh dibanding terus: harga tetap RM1, dividen setahun sekali, dan hanya untuk Bumiputera.
  • Kadar promo (bonus, quest) sentiasa ada had dan syarat. Jadual ni tunjuk kadar asas bila ada.

Bila Versa tak sesuai untuk korang →

Video perbandingan Daus

TOP 5 Platform Pelaburan Low Risk Terbaik Malaysia 2025 / Daily Return, Shariah & PIDM ✅10 Sep 2025 · 58,198 tontonan
2 Tahun Daus Guna TNG GO+, Cuma Dapat RM1,166 – Masih Relevan Ke Simpan Kat Sini?24 Okt 2025 · 14,485 tontonan
MIGA-i vs Versa Gold: Mana Lagi Untung & Murah? (Review Jujur)24 Nov 2025 · 26,138 tontonan

Belum ada Versa? Daftar guna kod VDAUSDK

Daftar guna kod VDAUSDK, verify, first cash-in RM100 ke atas dalam satu transaksi. RM10 masuk dalam bentuk unit dalam 30 hari bekerja. Top-up kemudian tak dikira.

Daftar Versa dengan kod VDAUSDK
Kod rujukanVDAUSDK

Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →