66 soalan
Soalan lazim Versa
Jawapan pendek, setiap satu dengan sumber rasmi. Taip untuk tapis.
Selamat ke
Versa ni apa sebenarnya? Trade gold ke?
Bukan. Versa ni app simpan dan labur: duit korang beli unit fund yang diuruskan AHAM. Ada 3 bahagian: Save (Cash, Cash-i), Invest (21 fund termasuk Gold), dan PRS. Tak ada jual beli cepat macam trading.
Versa selamat ke, scam tak?
Versa dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai recognised market operator. Duit korang duduk dengan trustee bebas (HSBC, Deutsche, CIMB), bukan dalam akaun syarikat Versa.
Sumber: Versa Help Centre #12622507204759 ↗ · Versa Help Centre #12622553562391 ↗
Kalau Versa bankrupt, duit daus macam mana?
Unit korang tetap ada dengan AHAM dan trustee, terasing dari duit Versa. Versa sendiri guna analogi "peti kalis api dalam rumah". Daus ada video khas pasal ni.
Sumber: Versa Help Centre #12622596275607 ↗ · Video Daus jfXoynOwK00 ↗
Ada PIDM tak?
Tak ada, sebab ini pelaburan, bukan deposit bank. Perlindungan datang dari trust account dan trustee, bukan PIDM.
Sumber: versa.com.my/is-versa-pidm-protected-how-your-funds-are-secured ↗
Return dijamin ke?
Tak. Untuk Cash/Cash-i, rate naik turun sikit tiap bulan (contoh Cash-i 3.18% dan Cash 3.46% p.a. untuk Ogos 2026). Untuk Invest, nilai unit boleh turun.
Sumber: versa.com.my/save ↗
Ada orang mesej aku cakap dia "ejen Versa". Betul ke?
Versa tak ada ejen atau penasihat. Sesiapa yang cakap dia wakil Versa, jangan layan; email support@versa.com.my untuk sahkan.
Kenapa daus promote Versa?
Daus guna sendiri (Cash-i untuk simpanan, Gold, dan beberapa fund lain) dan dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod VDAUSDK. Tiada kos tambahan pada korang.
Sumber: halaman ni
Daftar & verify
Siapa boleh buka akaun?
Warganegara Malaysia, 18 tahun ke atas, ada MyKad. PR dan warga asing tak boleh.
Sumber: Versa Help Centre #12738495787159 ↗ · Versa Help Centre #12882345283607 ↗
Aku kerja luar negara, boleh?
Boleh, tapi kena ada TIN (nombor cukai), nombor telefon Malaysia, dan app hanya boleh download bila lokasi telefon di Malaysia.
Kod VDAUSDK masuk kat mana?
Masa daftar, di medan referral code. Lepas akaun dah wujud, Versa tak benarkan tambah atau tukar kod.
Dah daftar tapi terlupa kod. Boleh tambah tak?
Tak boleh, ini rule rasmi Versa. Tutorial ni tetap boleh guna; nanti korang boleh refer kawan dengan kod sendiri.
Verify ambil berapa lama?
Biasanya 2 hingga 4 hari bekerja, lebih lama kalau ada cuti umum. Kempen Versa sendiri pesan "boleh sampai 5 hari bekerja atau lebih".
IC aku kena reject. Kenapa?
Gambar kena IC fizikal asal (bukan MyKad digital atau fotokopi), depan belakang, fokus, tiada silau, condongkan sikit supaya hologram nampak. MyTentera tak diterima.
Skrin "Get Back To Us" keluar. Akaun kena block ke?
Bukan block. Versa perlukan maklumat tambahan; tekan Contact Support dan hantar dokumen dalam 14 hari.
Sumber: Daus (16 Sep 2026)
Kena resubmit. Ada deadline?
Hantar semula dalam 2 hingga 3 hari. Kalau lebih 7 hari, permohonan ditolak dan deposit dipulangkan dalam 10 hingga 14 hari bekerja.
Suitability Assessment Test tu apa?
Soalan risiko dari AHAM untuk cadangkan fund yang sesuai. Korang masih boleh pilih fund lain, tapi baca risiko dulu.
Sumber: Versa Help Centre #12594690401175 ↗ · Versa Help Centre #12594164149015 ↗
Boleh buka akaun joint atau dua akaun?
Tak boleh. Satu orang satu akaun individu.
Sumber: Versa Help Centre #12594692109975 ↗ · Versa Help Centre #12594109166871 ↗
Telefon lama boleh guna?
Android 11 ke atas, iOS 15 ke atas.
Cash in
Minimum berapa?
RM10 untuk Cash/Cash-i, RM100 untuk Invest, RM1,000 untuk US-Tech, India Equity dan China Equity Tracker. Untuk reward RM10, first cash-in kena RM100 ke atas dalam SATU transaksi.
Aku masuk RM50 dulu, nanti top up RM50 lagi. Dapat reward tak?
Tak. Versa kira deposit pertama sahaja. Kalau nak reward, pastikan transaksi pertama RM100 ke atas.
Boleh guna kad debit / DuitNow?
Tak. FPX sahaja, dari akaun bank atas nama korang sendiri.
Sumber: Versa Help Centre #12596048710423 ↗ · Versa Help Centre #12596064652567 ↗
Bila duit nampak dalam app?
Lepas 2 hari bekerja dari hari proses. Cash-i cut-off 10 pagi, yang lain 3 petang. Masuk Sabtu bermakna proses Isnin, nampak Rabu.
Dah verify, dah deposit, tapi app tunjuk RM0.
Untuk deposit pertama, hari "T" ialah sehari lepas verify, lepas tu tambah 2 hari bekerja. Tunggu; duit tak hilang.
Ada had maksimum?
Ikut had FPX bank korang, biasanya RM30,000 satu transaksi. Tiada had bilangan kali sehari.
Sumber: Versa Help Centre #12595919923095 ↗ · Versa Help Centre #12596061536151 ↗
Boleh cancel cash in?
Tak boleh lepas hantar.
Duit dari akaun isteri/suami boleh?
Tak. Akaun bank kena atas nama korang dan IC korang; dari akaun joint atau syarikat akan dipulangkan.
Cash out & switch
Withdraw ambil berapa lama?
Cash-i: hari sama kalau request sebelum 10 pagi hari bekerja. Cash: T+1. Fund Invest: 3 hingga 6 hari bekerja ikut fund. Daus pernah keluar RM60,000 dari Cash-i, masuk bank hari sama.
Sumber: Versa Help Centre #12596271338135 ↗ · Video Daus 1hCKWy5exNM ↗
Minimum cash out?
RM50 dari Save, RM100 dari Invest.
Kenapa jumlah masuk bank tak sama dengan yang aku minta?
Fund guna forward pricing: unit dikunci masa request, harga unit yang dipakai ialah harga hari berikutnya. Boleh lebih sikit atau kurang sikit.
Cash out lambat, kenapa?
Selalunya butiran bank salah atau nama tak sama. Versa hanya hantar ke akaun nama sendiri.
Boleh keluar ke bank lain dari bank masa cash in?
Boleh, asalkan atas nama korang.
Switch fund kena bayar?
Tak ada yuran, tapi jumlah akhir ikut harga unit. Invest ke Cash ambil sampai 8 hari bekerja; Invest ke Invest 2 hari.
Sumber: Versa Help Centre #12596816783255 ↗ · Versa Help Centre #12596544223255 ↗
Duit dalam Goal boleh cash out terus?
Tak. Kena "break" Goal dulu, duit balik ke General balance, baru cash out.
Sumber: versa.com.my/your-goal-tracker-just-got-a-major-upgrade ↗
Aku cash out semua, Auto Save masih potong?
Ya, Auto Save tak berhenti sendiri. Kena delete plan dalam app.
Produk
Versa Cash dengan Cash-i beza apa?
Cash-i patuh Syariah (fund AHAM Aiiman), cash out hari sama sebelum 10 pagi, trustee Deutsche. Cash konvensional (AHAM Enhanced Deposit), cash out T+1, rate base biasanya sikit lebih tinggi.
Sumber: versa.com.my/save ↗
Versa Income-i sama dengan Cash-i ke?
Tak. Income-i ialah fund campuran sukuk dan saham; nilai boleh turun. Cash-i money market, low risk.
Sumber: versa.com.my/versa-income-i ↗
Versa Gold tu emas betul ke?
Fund tracker yang disokong emas fizikal dalam vault, tapi korang pegang unit, bukan emas. Tak boleh tebus emas fizikal. Risiko dilabel very high.
Fund mana patuh Syariah?
Cash-i, Gold, Growth-i, Moderate-i, Global-i, Income-i, Emerging Growth-i, dan tiga PRS-i.
Dividen masuk cash ke?
Tak, dalam bentuk unit (nama "reinvestment" dalam sejarah transaksi).
Yuran berapa?
Versa tak caj apa-apa. Fund caj yuran pengurusan (0.30% Cash dan Gold, 0.50% Cash-i, 1.00% hingga 1.80% untuk Invest, kebanyakan 1.50% atau 1.80%) dan trustee, semua dalam harga unit. Tiada sales charge.
Sumber: Versa Help Centre #12622344609687 ↗ · Versa Help Centre #12621457689495 ↗
Kena bayar cukai atas untung?
Tak, pulangan dikira pendapatan dikecualikan cukai untuk individu. SST 8% atas yuran dah termasuk dalam harga unit.
Sumber: Versa Help Centre #12622448001559 ↗ · Versa Help Centre #34535086403607 ↗
Time-weighted return tu apa?
Ukuran prestasi fund dari deposit pertama korang tanpa dipengaruhi berapa kali korang masuk keluar duit. Sebab tu "return 87%" boleh nampak lebih besar dari untung RM sebenar.
Quest & reward
Versa Quest tu apa?
Misi dalam app (tab Quests). Siapkan task, dapat booster rate atas Versa Cash/Cash-i, dibayar bulan berikutnya sebagai "Rebates".
Aku buat task tapi tak dapat reward.
Korang tekan "Join Now" tak? Tak join, tak kira. Dan baki kena RM1,000 ke atas pada hari-hari yang dikira.
Sumber: Versa Help Centre #24644460247575 ↗ · Video Daus 8K3Rw_L2Bq0 ↗
Fresh funds dengan baseline tu apa?
Baseline ialah jumlah bersih duit korang sebelum tekan Join. Fresh funds ialah duit baru yang naikkan baki melebihi baseline. Switch dalam Versa tak dikira.
Reward RM10 masuk bila?
Dalam 30 hari bekerja lepas akaun lulus dan first cash-in RM100. Masuk sebagai unit dalam fund yang korang cash in. Lepas 30 hari bekerja tak ada, email support dengan tarikh cash-in.
Boleh dapat lebih dari satu quest sekali?
Boleh, quest boleh stack; setiap satu refresh tiap bulan.
Kenapa aku tak nampak Fixed Rate Quest dalam app?
Quest tu undangan sahaja; Versa pilih siapa dapat. Daus tak boleh tolong.
10% p.a. tu atas semua duit ke?
Tak. Save Booster 10% hanya atas RM500 pertama auto save sebulan, untuk 3 bulan. Kira dulu guna kalkulator.
Sumber: versa.com.my/10-p-a-auto-save-bonus-for-september-new-joiners ↗
Refer kawan dapat apa?
RM10 seorang, kawan pun RM10, bila kawan verify dan first cash-in RM100. Kod korang ada dalam tab Quests, tekan Refer & Earn.
Auto Save & Goals
Auto Save potong bila?
5 haribulan tiap bulan; bukan Maybank potong hari bekerja berikutnya kalau 5hb cuti. Masuk fund 2 hingga 3 hari bekerja, Cash-i tambah sehari.
RM1 kena potong masa set bank. Kenapa?
Ujian sah akaun; dipulangkan hari bekerja berikutnya. Kelulusan bank 3 hingga 4 hari bekerja, plan kurang sejam.
"Maximum Amount is fully allocated" tu apa?
Had bulanan bank tu dah habis dipakai plan lain. Naikkan had (RM1 lagi, siap T+3) atau tambah bank lain.
Bank tak cukup duit 5hb, jadi apa?
Gagal 3 kali berturut, plan dan bank auto dibuang.
Boleh ada banyak goal dalam satu fund?
Boleh sejak upgrade 2026; satu Auto Save boleh isi banyak goal.
Sumber: versa.com.my/your-goal-tracker-just-got-a-major-upgrade ↗
PRS & cukai
PRS Versa jimat cukai berapa?
Relief sampai RM3,000 setahun hingga tahun taksiran 2030; jimat ikut bracket, dari RM30 (1%) sampai RM900 (30%). Claim tahun depan masa e-Filing.
Sumber: Versa Help Centre #18325733686039 ↗ · Versa Help Centre #18325830357143 ↗
Duit PRS boleh keluar bila?
Akaun B lepas setahun tapi kena cukai 8% kecuali umur 55 ke atas atau tujuan rumah/kesihatan. Keluar penuh umur 55. Semua melalui support.
Yuran PRS?
0% sales charge, pengurusan 1.30% hingga 1.80%, PPA RM10 (diketepikan), RM8 setahun untuk caruman tahun berikut, RM25 pindah pembekal.
Bila deadline untuk relief tahun ni?
Caruman kena masuk sebelum 31 Disember tahun taksiran; ingat masa proses cash in.
Sumber: halaman ni
Akaun & keselamatan
Tukar akaun bank macam mana?
Bank yang dah masuk tak boleh diubah sendiri; tambah bank baru di halaman Cash Out atau minta support padam.
OTP email tak sampai.
Semak ejaan email, tunggu 5 minit, cek folder spam/promotions, lepas tu email support.
Kalau aku meninggal, duit macam mana?
Tiada nominee dalam Versa; waris/pentadbir uruskan dengan AHAM guna surat probet atau surat kuasa mentadbir.
Sumber: Versa Help Centre #12594649546135 ↗ · Versa Help Centre #12594674496919 ↗
App tengah maintenance tapi aku nak transaksi segera.
Email support@versa.com.my.
Nak cakap dengan orang Versa?
03-7890 3500 atau support@versa.com.my, Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang. Tiada walk-in.
Pasal Daus
Daus pegang berapa dalam Versa?
Tengok halaman Akaun Daus; angka ikut update bulanan Daus dengan tarikh.
Sumber: halaman ni
Kod daus tak jalan / link tak buka app.
Tekan "Report" di halaman reward; sementara tu guna link download.versa.com.my/1bAf/vdausdkhome dan taip kod VDAUSDK manual.
Sumber: halaman ni
Tak jumpa. Cuba perkataan lain, atau cari seluruh laman: Cari

Belum ada Versa? Daftar guna kod VDAUSDK
Daftar guna kod VDAUSDK, verify, first cash-in RM100 ke atas dalam satu transaksi. RM10 masuk dalam bentuk unit dalam 30 hari bekerja. Top-up kemudian tak dikira.
Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.