Misi 5 · Keluar, tukar, cukai
PRS Versa untuk jimat cukai
Relief cukai PRS sampai RM3,000 setahun hingga YA2030. Kira berapa korang jimat, 6 fund PRS Versa, yuran PPA, bila duit boleh keluar, dan deadline 31 Disember.
Jawapan cepat
- Caruman PRS layak relief sampai RM3,000 setahun hingga YA2030. Jimat sebenar ikut bracket cukai korang.
- Duit untuk persaraan: akaun B boleh keluar lepas setahun tapi kena cukai 8% kalau bawah umur 55.
- Caruman kena masuk sebelum 31 Disember. Claim tahun depan masa e-Filing.
Apa perlu sedia
- Anggaran pendapatan bercukai tahun ni
- Akaun Versa yang dah verify
- Duit yang korang sanggup kunci untuk persaraan
PRS tu apa
PRSSkim persaraan sukarela dengan relief cukai sampai RM3,000. (Private Retirement Scheme) ialah skim persaraan sukarela, macam tambahan kepada KWSP. Kerajaan beri relief cukai untuk galakkan orang simpan untuk persaraan. Di Versa, ada 6 fund PRS yang diuruskan AHAM: Growth, Moderate dan Conservative, setiap satu dengan versi Syariah.
Berapa korang jimat
Relief bukan potongan cukai terus. Relief kurangkan pendapatan bercukai. Jadi berapa korang jimat bergantung pada kadar cukai marginal korang. Masukkan angka sendiri:
PRS jimat cukai berapa?
Masukkan pendapatan bercukai (lepas tolak semua relief lain) dan jumlah caruman PRS.
Anggaran cukai jimat (YA2025)
RM330.00
Claim relief ni tahun depan masa isi e-Filing (borang BE).
Caruman kena masuk sebelum 31 Disember. Cash in ambil masa 2 hari bekerja, jadi jangan tunggu minggu terakhir.
Bawah 55 tahun: duit PRS akaun B boleh keluar lepas setahun tapi kena cukai 8%. Anggap duit ni untuk persaraan.
Anggaran ikut jadual LHDN yang Versa terbitkan; ikut penyata cukai sebenar korang.
Sebagai panduan kasar (kadar marginal × RM3,000): bracket 1% jimat RM30, 3% jimat RM90, 6% jimat RM180, 11% jimat RM330, 19% jimat RM570, 25% jimat RM750, dan 30% jimat RM900. Kalkulator di atas lebih tepat sebab ia kira cukai penuh sebelum dan selepas, termasuk rebat RM400 untuk pendapatan bercukai RM35,000 ke bawah.
Syarat penting sebelum masuk
Duit terkunci untuk persaraan. Setiap caruman dibahagi Pembahagian caruman PRS: 70% sub-akaun A, 30% sub-akaun B. Akaun B boleh dikeluarkan lepas setahun, tapi Cukai keluar awal PRS: 8% (akaun B, lepas setahun, bawah umur 55) dikenakan oleh LHDN. Tanpa penalti 8%: umur 55 ke atas, tujuan perumahan atau kesihatan (akaun B), atau hilang upaya kekal, penyakit serius dan hilang upaya mental (akaun A dan B). Semua pengeluaran melalui email support@versa.com.my.
Yuran. Yuran PRS: 0% sales charge, pengurusan 1.30% hingga 1.80%, PPA RM8 setahun untuk caruman tahun berikut, RM25 pindah pembekal. Yuran buka akaun PPA RM10 diketepikan buat masa ni.
Tempoh relief. Relief cukai PRS: sampai RM3,000 setahun, hingga YA2030.
Ikut skrin satu-satu
01/04
Buka bahagian Retirement
Enam fund PRS ada di sini: Growth, Moderate, Conservative dan versi Syariah masing-masing.
- Buka bahagian Retirement. Enam fund PRS ada di sini: Growth, Moderate, Conservative dan versi Syariah masing-masing.
- Notis PPA. Kali pertama, akaun PPA (Private Pension Administrator) dibuka untuk korang. Yuran buka RM10 diketepikan.
- Cash in PRS. Pilih fund PRS dan taip jumlah, minimum RM100. Untuk relief tahun ni, pastikan duit masuk sebelum 31 Disember, dan ingat masa proses.
- Sub-akaun A dan B. Setiap caruman dibahagi 70% ke akaun A dan 30% ke akaun B. Akaun B boleh keluar lepas setahun, tapi kena cukai 8% kalau bawah umur 55.
Deadline: jangan tunggu minggu terakhir
Relief dikira ikut tahun caruman masuk. Cash in ambil masa proses (hari T lepas cut-off, dan hari bekerja), jadi kalau korang cash in 31 Disember malam, ia mungkin diproses tahun depan. Sasarkan pertengahan Disember paling lewat. Guna kalkulator masa untuk semak:
Bila duit masuk?
Pilih transaksi, fund, tarikh dan masa. Kalkulator kira hari bekerja ikut jadual rasmi Versa.
Nampak dalam app: Isnin, 21 Sep 2026
- 1Rabu, 16 Sep 2026Korang hantar request · 14:00
- 2Khamis, 17 Sep 2026Versa proses (hari T)Rabu, 16 Sep 2026 cuti umum (Hari Malaysia).
- Isnin, 21 Sep 2026Nampak dalam app (T+2)
Anggaran ikut jadual rasmi Versa. Bank korang mungkin lebih lambat.
Cuti umum kebangsaan sahaja. Cuti negeri berbeza ikut negeri dan boleh tambah 1 hari bekerja.
Kalkulator guna jadual cut-off Versa Cash (3 petang) sebagai anggaran untuk PRS. Masa proses PRS sebenar ikut Versa dan PPA.
Penyata dan claim cukai
AHAM dan PPA hantar penyata PRS setiap setengah tahun. Kalau perlukan penyata untuk e-Filing, minta dari AHAM di 1-800-88-7080 atau customercare@aham.com.my. Claim relief dalam borang BE tahun berikutnya di bahagian relief caruman PRS.
Bonus PRS dari Versa
Halaman Retirement Versa ada sebut bonus RM50 bila melabur PRS melalui Versa, dan ada Retirement Booster Quest. Syarat terkini belum disahkan oleh daus, jadi semak halaman quest dalam app sebelum kira.
10% Save Booster Quest (daftar September)
1 Sep 2026 – 30 Sep 202613 hari lagi untuk join
- Siapa
- Akaun baru yang dibuat antara 1 hingga 30 Sep 2026.
- Task
- Lepas akaun lulus, set Auto Save RM500 ke atas sebulan ke Versa Cash atau Cash-i (boleh gabung). Plan kena dicipta paling lewat 26 Nov 2026 dan kena kekal jalan setiap bulan.
- Reward
- 10% p.a. atas RM500 yang di-auto save tu sahaja (bukan atas semua baki), selama 3 bulan bermula dari plan pertama.
- Yang perlu tahu
- 10% tu atas RM500, jadi lebih kurang RM4 sebulan. Pause atau delete plan, bonus pun berhenti. Versa tanggung beza antara 10% dengan base rate.
+2% Ajak Buddy Quest
14 Sep 2026 – 14 Okt 202627 hari lagi untuk join
- Siapa
- Semua pengguna Versa yang dah verify.
- Task
- Tekan Join di tab Quests. Lepas tu ajak sekurang-kurangnya seorang kawan daftar guna kod korang. Kawan tu kena verify dan first cash-in RM100 ke atas ke mana-mana produk Versa (termasuk PRS), dan cash in tu kena dah nampak dalam app dia sebelum 14 Okt 2026.
- Reward
- Extra +2% p.a. atas RM10,000 pertama baki Versa Save korang untuk bulan Oktober 2026, tambah RM10 rujukan biasa. Kawan korang dapat RM10.
- Yang perlu tahu
- Verify biasanya 2 hingga 4 hari bekerja, jadi kawan yang daftar minggu terakhir mungkin tak sempat. Booster hanya kira hari baki Save RM1,000 ke atas.
Versama-sama Quest
1 Jan 2026 – 31 Dis 2026105 hari lagi untuk join
- Siapa
- Pengguna Versa sedia ada yang ada baki Versa Save (Cash atau Cash-i).
- Task
- Ajak kawan yang tak pernah ada akaun Versa daftar guna kod korang. Kawan tu kena verify dan first cash-in RM100 ke atas ke mana-mana fund Versa dalam tempoh quest.
- Reward
- +0.5% p.a. nett atas RM10,000 pertama baki Versa Save korang untuk setiap rujukan berjaya. Paling banyak 10 rujukan sebulan, jadi booster paling tinggi +5.0% p.a.
- Yang perlu tahu
- Booster masuk bulan selepas rujukan berjaya, ke Cash atau Cash-i yang baki paling tinggi. Kawan yang pernah ada akaun Versa (walaupun dah tutup) tak dikira.
2026 Invest Booster Quest
8 Jan 2026 – 8 Feb 2027144 hari lagi untuk join
- Siapa
- Semua pengguna yang dah verify.
- Task
- Set Auto Save RM500 ke atas sebulan ke fund Versa Invest yang layak (17 fund). Bulan yang Auto Save tu berjaya, apa-apa fresh funds yang korang masuk ke Invest (termasuk Auto Save) dapat booster.
- Reward
- +0.6% p.a. atas fresh funds ke Invest, tiada had, dibayar bulan berikutnya ke Versa Save.
- Yang perlu tahu
- Fund Invest boleh turun nilai. Booster 0.6% tak tutup kerugian kalau pasaran jatuh. Switch dalam Versa bukan fresh funds.
2026 Save Booster Quest (+0.2% p.a.)
8 Jan 2026 – 8 Feb 2027144 hari lagi untuk join
- Siapa
- Pengguna Versa sedia ada yang dah verify.
- Task
- Set satu atau lebih Auto Save ke Versa Save (Cash atau Cash-i) yang jumlahnya RM500 ke atas sebulan. Bulan yang Auto Save tu berjaya, cash in manual selepas potongan Auto Save pun dikira sebagai fresh funds.
- Reward
- +0.2% p.a. atas fresh funds yang layak, tiada had, masuk bulan berikutnya ke Versa Save yang baki paling tinggi.
- Yang perlu tahu
- 0.2% tu kecil: atas RM10,000 fresh funds lebih kurang RM1.67 sebulan. Setiap bulan ada tarikh akhir set Auto Save (contoh Oktober 2026: 25 Sep, 3 petang), jadi lambat set, bulan tu tak layak.
2026 Retirement Booster Quest (cashback 2%)
1 Feb 2026 – 31 Dis 2027470 hari lagi untuk join
- Siapa
- Pengguna yang tak pernah cash out mana-mana produk PRS melalui Versa pada 2025.
- Task
- Set Auto Save RM250 ke atas sebulan ke fund PRS dalam Versa Retirement (PRS Growth, Growth-i, Moderate, Moderate-i, Conservative atau Conservative-i). Cash in manual tak dikira.
- Reward
- Cashback 2% sebulan atas maksimum RM250 yang di-auto save (paling banyak RM5 sebulan), masuk bulan berikutnya ke fund PRS korang yang baki paling tinggi.
- Yang perlu tahu
- Cashback kecil, jadi sebab utama masuk PRS tetap relief cukai. Duit PRS terkunci sampai umur 55 kecuali syarat tertentu.
Tak ada quest aktif sekarang. Biasanya quest baru keluar awal bulan. Daus update sini bila ada.
Tengok quest yang pernah ada →PRS atau KWSP sukarela?
Daus pernah banding PRS dengan KWSP dalam video. Ringkasnya: KWSP ada dividen yang lebih stabil, PRS ada pilihan fund dan relief cukai sendiri. Ramai buat dua-dua. Ikut diri korang.
Soalan lazim untuk topik ni
PRS Versa jimat cukai berapa?
Relief sampai RM3,000 setahun hingga tahun taksiran 2030; jimat ikut bracket, dari RM30 (1%) sampai RM900 (30%). Claim tahun depan masa e-Filing.
Sumber: Versa Help Centre #18325733686039 ↗ · Versa Help Centre #18325830357143 ↗
Duit PRS boleh keluar bila?
Akaun B lepas setahun tapi kena cukai 8% kecuali umur 55 ke atas atau tujuan rumah/kesihatan. Keluar penuh umur 55. Semua melalui support.
Yuran PRS?
0% sales charge, pengurusan 1.30% hingga 1.80%, PPA RM10 (diketepikan), RM8 setahun untuk caruman tahun berikut, RM25 pindah pembekal.
Bila deadline untuk relief tahun ni?
Caruman kena masuk sebelum 31 Disember tahun taksiran; ingat masa proses cash in.
Sumber: halaman ni

Belum ada Versa? Daftar guna kod VDAUSDK
Daftar guna kod VDAUSDK, verify, first cash-in RM100 ke atas dalam satu transaksi. RM10 masuk dalam bentuk unit dalam 30 hari bekerja. Top-up kemudian tak dikira.
Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.
Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan.
