Misi 3 · Cash in pertama
Nak mula dengan fund Versa yang mana?
Jawab 4 soalan dan dapat kategori yang sesuai (simpanan, emas, income, pertumbuhan, cukai). Kenapa ramai mula dengan Cash-i, dan bila fund Invest masuk akal.
Jawapan cepat
- Duit yang korang mungkin perlukan dalam setahun biasanya lebih sesuai dalam Save (Versa Cash atau Cash-i).
- Fund Invest boleh turun nilai. Guna duit yang boleh tunggu 3 tahun ke atas.
- Kalkulator di bawah bagi kategori, bukan fund spesifik. Ikut diri korang, ni bukan nasihat kewangan.
Apa perlu sedia
- Tahu duit ni untuk apa
- Anggaran bila korang mungkin perlukan duit tu
Mula dengan soalan, bukan dengan fund
Soalan “fund mana paling untung?” tak ada jawapan yang sama untuk semua orang. Fund yang naik 50% tahun lepas boleh jatuh 20% tahun depan. Soalan yang lebih berguna ialah: duit ni untuk apa, dan bila korang perlukan dia balik?
Pilih produk pertama dalam 4 soalan
Soalan 1/4
Duit ni untuk apa?
Kenapa ramai mula dengan Versa Cash-i
Versa Cash-i ialah produk simpanan Syariah Versa. Tiga sebab ia jadi titik mula yang biasa:
- Minimum rendah. Minimum cash in Save: RM10, jadi korang boleh cuba dulu dengan jumlah kecil. Untuk reward rujukan, cash in pertama tetap kena RM100 ke atas.
- Keluar cepat. Cash out Versa Cash-i: hari sama (T) kalau request sebelum 10 pagi hari bekerja.
- Risiko rendah. Fund pasaran wang Islamik, bukan saham. Nilai tak melonjak, tapi tak jatuh teruk macam fund ekuiti.
Versa Cash (konvensional) pula biasanya ada base rate sikit lebih tinggi: Jun 2026, Cash Base nett return Versa Cash: 3.46% p.a.Untuk bulan Ogos 2026. berbanding Cash-i Base nett return Versa Cash-i: 3.18% p.a.Untuk bulan Ogos 2026. . Tapi cash out Cash ambil T+1. Perbandingan penuh ada dalam Versa Cash-i vs Versa Cash.
- Versa Cash-iVersi patuh Syariah untuk simpanan: fund pasaran wang Islamik.
- Versa CashFund pasaran wang konvensional yang sebarkan duit ke deposit tetap di beberapa bank Malaysia.
Tekan kad untuk halaman penuh fund: yuran, T+ cash out, dan bila tak sesuai.
Bila fund Invest masuk akal
Fund Invest sesuai bila tiga benda ni benar untuk korang:
- Duit tu tak perlu dalam 3 tahun akan datang.
- Korang boleh tengok nilai turun 10% hingga 30% tanpa tarik keluar dalam panik.
- Korang faham yuran (Yuran pengurusan fund Invest: 1.00% hingga 1.80% setahun (kebanyakan 1.50% atau 1.80%)) dan masa cash out Cash out fund Invest: T+3 hingga T+6 hari bekerja ikut fund.
Versa bahagi 21 fund Invest kepada Core (campuran siap dibina), Thematic (satu tema macam emas, REIT, Malaysia) dan Feeder (masuk ke satu fund luar negara). Tutorial Versa Invest untuk beginner terangkan beza setiap satu. Untuk tengok semua 29 produk dan tapis ikut risiko atau Syariah, buka Fund Explorer.
Emas: kategori sendiri
Versa Gold ialah fund yang ikut harga emas dan disokong emas fizikal dalam vault. Yurannya rendah (Yuran Versa Gold: pengurusan 0.30%, trustee 0.03% setahun) tapi labelnya risiko sangat tinggi. Daus pegang Versa Gold sejak 2023, dan untung daus pernah turun dari sekitar RM6,000 ke sekitar RM3,000 bila harga emas jatuh pada 2026. Baca Versa Gold sebelum masuk.
Jimat cukai: PRS
Kalau tujuan utama ialah kurangkan cukai pendapatan, PRS bagi relief Relief cukai PRS: sampai RM3,000 setahun, hingga YA2030. Tapi duit PRS untuk persaraan, dan keluar awal kena cukai. Kira dulu berapa korang jimat dalam tutorial PRS.
Boleh tukar fikiran kemudian?
Boleh. Korang boleh switch antara fund tanpa yuran, cuma ia ambil masa (T+2 hingga T+8 hari bekerja) dan nilai akhir ikut harga unit. Switch juga tak dikira sebagai fresh funds untuk quest.

Belum ada Versa? Daftar guna kod VDAUSDK
Daftar guna kod VDAUSDK, verify, first cash-in RM100 ke atas dalam satu transaksi. RM10 masuk dalam bentuk unit dalam 30 hari bekerja. Top-up kemudian tak dikira.
Daus dapat komisen rujukan bila korang daftar guna kod atau link ni dan buat first cash-in. Tiada kos tambahan pada korang; reward RM10 korang datang dari Versa ikut T&C mereka. Bukan nasihat kewangan.
Pulangan lepas tak jamin pulangan depan. Nilai unit boleh turun. Bukan nasihat kewangan.